BATC: Aaron Chia & Wooi Yik Ketuai Kemaraan Malaysia Ke Separuh Akhir, Tewaskan Singapura
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Kontinjen badminton lelaki Malaysia menepati ramalan layak ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Skuad negara berjaya mara selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas negara jiran, Singapura di peringkat suku akhir hari ini.

Kem negara membuat sedikit perubahan dengan meletakkan Ng Tze Yong sebagai perseorangan lelaki pertama menggantikan pemain perseorangan ke-10 dunia, Lee Zii Jia.

Advertisements

Bagaimanapun, percaturan ini tidak berhasil apabila Tze Yong terpaksa menarik diri akibat kecederaan semasa menentang wakil Singapura, Jason Teh Jia Heng. Situasi ini memberikan mata pertama kepada Singapura.

Malaysia kembali menyamakan kedudukan 1-1 menerusi juara dunia beregu lelaki tahun 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.

Mereka terpaksa bekerja keras sebelum menewaskan beregu lelaki Singapura, Low Kean Hean-Howin Wong Jia Hao dengan keputusan 21-11, 22-24, 21-14.

Advertisements

Perseorangan kedua, Leong Jun Hao meletakkan Malaysia di hadapan dengan mengatasi Joel Koh Jia Wei. Jun Hao menang dengan keputusan 21-8, 21-12.

Beregu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani memastikan kemaraan Malaysia ke separuh akhir BATC 2024.

Sze Fei-Izzuddin perlu bekerja keras sebelum mengetepikan cabaran Wesley Koh Eng Keat dan Junsuke Kubo dengan keputusan 21-6, 20-22, 21-8.

Advertisements

Malaysia kini menanti sama ada India atau Jepun di pentas separuh akhir yang berlangsung esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram