BATC: Aksi Memukau Leong Jun Hao Bantu Malaysia Ranapkan Chinese Taipei
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Malaysia mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan setelah menumbangkan Chinese Taipei pada aksi terakhir kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024.

Malaysia yang sudah mara setelah mencatatkan dua kemenangan ke atas Brunei dan Kazakhstan sebelum ini turun dengan misi untuk bergelar juara kumpulan bagi memudahkan perjalanan di peringkat kalah mati.

Skuad negara mempertaruhkan Lee Zii Jia sebagai perseorangan pertama dan beliau membalasnya dengan kemenangan 21-16, 21-13 ke atas wakil pertama Chinese Taipei, Lin Chun-Yi.

Advertisements

Aksi seterusnya pula menyaksikan kepulangan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik ke gelanggang setelah direhatkan dalam dua aksi sebelum ini. Namun, bekas Juara Dunia 2021 terpaksa akur tunduk kepada beregu Chinese Taipei, Lee Yang-Lee Jhe-Huei 21-23, 17-21.

Kedudukan kembali terikat Malaysia 1-1 Chinese Taipei.

Advertisements

Leong Jun Hao yang tampil sebagai perseorangan kedua negara menggantikan Ng Tze Yong juga cemerlang menundukkan Lee Chia Hao 21-19, 21-17 dalam aksi penuh mendebarkan untuk meletakkan Malaysia kembali di depan.

Beregu kedua negara, Nur Izzudin-Goh Sze Fei mengesahkan status Malaysia sebagai juara kumpulan selepas menumbangkan beregu kedua Chinese Taipei, Yang Po Han-Wang Chi-Lin dengan keputusan 21-19, 21-14.

Advertisements

Perlawanan terakhir membabitkan bintang muda negara, Eogene Ewe dan Chi Yu Jen menyaksikan kemenangan berpihak kepada pemain Chinese Taipei tersebut dengan keputusan 21-16, 21-14.

Tamat aksi di gelanggang 1, Malaysia 3-2 Chinese Taipei.

Advertisements

Keputusan ini membantu skuad negara mara ke peringkat kalah mati sebagai juara kumpulan dan menempah pertemuan menentang negara jiran, Singapura di peringkat suku akhir nanti.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram