Advertising
BATC: China Muncul Juara, Sekat Impian Malaysia
UltraSukan
UltraSukan
BA Malaysia

Hasrat kontinjen badminton lelaki Malaysia mempertahankan trofi Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) tidak kesampaian hari ini.

Ini selepas kontinjen badminton lelaki China muncul juara selepas meraih kemenangan 3-0 ke atas kontinjen negara.

Malaysia membuat percaturan dengan menurunkan Leong Jun Hao sebagai perseorangan lelaki pertama. Ini selepas dua jaguh perseorangan lelaki, Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong tidak dapat diturunkan masing-masing akibat masalah kesihatan dan kecederaan.

Ad

Selain Jun Hao, Eogene Ewe dan Muhammad Haikal masing-masing dipilih sebagai pemain perseorangan kedua dan ketiga Malaysia.

China meraih mata pertama menerusi pemain perseorangan ke-16 dunia, Weng Hongyang. Hongyang mengatasi cabaran Jun Hao dengan keputusan 21-19, 21-17.

Ad
Ad

China semakin selesa di hadapan apabila beregu lelaki, Xie Haonan dan Zeng Weihan mengalahkan juara dunia beregu lelaki 2022, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Mereka dipaksa bekerja keras sebelum menang dengan keputusan 21-16, 16-21, 23-21.

Ad

Lei Lanxi memastikan kemenangan China dengan mengalahkan Eogene untuk aksi perseorangan lelaki kedua. Lanxi menang dengan keputusan 21-10, 21-14.

Ini menjadikan China sebagai juara BATC buat kali pertama sejak ia dianjurkan pada 2016. Sementara Malaysia pula bergelar naib juara buat kali kedua dalam sejarah kejohanan.