BATC: Lee Zii Jia Pacu Malaysia Ke Final, Singkirkan Jepun
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Skuad badminton lelaki Malaysia terpaksa bekerja keras sebelum mengesahkan kemaraan ke final Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024.

Ini selepas skuad negara mengatasi tentangan Jepun di pentas separuh akhir yang berlangsung pada hari ini.

Selepas direhatkan dalam aksi suku akhir yang berlangsung semalam, Lee Zii Jia kembali diberi kepercayaan sebagai perseorangan pertama menggantikan Ng Tze Yong.

Advertisements

Zii Jia memberi mata pertama kepada negara dengan mengatasi pemain perseorangan ke-12 dunia, Kenta Nishimoto. Beliau menang dengan keputusan 21-18, 21-15.

Beregu lelaki kelima dunia, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik terus menceriakan kem negara dengan mengutip mata kedua perlawanan.

Advertisements

Aaron-Wooi Yik bekerja keras mengatasi tentangan beregu lelaki ke-15 dunia, Akira Koga dan Taichi Saito dengan keputusan 15-21, 21-17, 21-10.

Jepun merapatkan kedudukan 2-1 menerusi perseorangan kedua mereka, Koki Watanabe. Bagaimanapun, pemain perseorangan ke-20 dunia itu dipaksa bekerja keras oleh Leong Jun Hao sebelum menang dengan keputusan 19-21, 21-12, 21-19.

Advertisements

Kemaraan Malaysia terjamin apabila regu lelaki kedua negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani meraih kemenangan ketiga.

Mereka mengatasi cabaran Kenya Mitsuhashi dan Hiroki Okamura dengan keputusan 21-15, 21-19. Kemenangan ini memastikan skuad negara meraih kemenangan 3-1.

Advertisements

Malaysia bakal menanti sama ada China atau Korea Selatan di pentas final esok.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram