Advertising
BATC: Malaysia Unggul Atasi Kazakhstan
UltraSukan
BA Malaysia

Malaysia meneruskan rentak cemerlang setelah mencatatkan kemenangan kedua apabila menumpaskan Kazakhstan dalam aksi kumpulan B Badminton Asia Team Championship (BATC) 2024.

Di atas kertas, skuad badminton lelaki negara memiliki kelebihan untuk muncul pemenang aksi ini dengan barisan pemain yang lebih berkualiti meski tanpa kelibat Ng Tze Yong yang masih menjalani pemulihan.

View this post on Instagram

A post shared by BAM (@ba_malaysia)

Ad

Lee Zii Jia yang direhatkan pada perlawanan menentang Brunei semalam turun berdepan wakil perseorangan Kazakhstan, Dmitriy Panarin. Pemain kelahiran Kedah itu cemerlang menumbangkan Panarin 21-11, 21-10 dalam satu aksi yang mengujakan peminat.

Ad

Pemain keseorangan kedua negara, Leong Jun Hao pula memastikan mata kedua buat skuad negara apabila berjaya menewaskan Ibray Bayken 21-8, 21-11 dalam masa kurang 25 minit.

Eogene Ewe yang melakukan debut bersama skuad senior semalam tiada masalah untuk menumbangkan perseorangan ketiga lawan, Makhsut Tajibullayev 21-7, 21-9 sekaligus menjadikan kedudukan Malaysia 3-0 Kazakhstan.

Ad
Ad

Mata keempat skuad lelaki negara disumbangkan oleh gandingan Haikal Nazri-Choong Hon Jian yang menewaskan beregu Kazakhstan, Ratmir Gilmanov-Ibray Bayken 21-10, 21-9.

Ad

Nur Izzudin-Goh Sze Fei beraksi cemerlang bagi memastikan kemenangan 5-0 buat skuad Malaysia apabila menundukkan Khaitmurat Kulmatov-Makhsut Tajibullayev dengan keputusan 21-6, 21-2.

Tamat aksi di gelanggang 1, Malaysia 5-0 Kazakhstan.

Kemenangan ini menyaksikan skuad negara mengesahkan kemaraan ke peringkat suku akhir bersama Chinese Taipei yang turut menewaskan Brunei pada Rabu.

Aksi terakhir kumpulan berdepan Chinese Taipei pada Khamis akan menentukan gelaran juara kumpulan B milik pasukan negara atau Chinese Taipei