Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Sultan Ibrahim (TMJ) menyampai mesej yang cukup penting kepada Sarawak United berhubung dengan masalah tunggakan gaji para pemain mereka ketika ini.
Pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) ini mengingatkan Sarawak United agar segera melunaskan tanggungjawab untuk melangsaikan segala permasalahan gaji yang kini sudah pun membarah.
Walau bagaimanapun, menerusi satu komen yang ditinggalkan di laman rasmi Sarawak United, mesej ringkas tersebut jelas dan juga padat.
“Bayar gaji,” komen TMJ ringkas.
Sebelum ini, pertahanan Import pasukan, Boris Kok menjelaskan bahawa para pemain dan juga sudah tidak menerima bayaran daripada pihak pengurusan sejak 4 bulan yang lalu.
Hal ini menyebabkan segala urusan para pemain menjadi sukar terutamanya untuk membayar rumah, membeli makanan dan juga untuk bergerak dengan kereta termasuklah hal-hal keluarga.
“Semua orang banyak menderita tetapi kami tidak pernah bercakap dalam media kerana kami sangat menyayangi peminat Sarawak United dan juga penyokong Sarawak.”
Sekiranya isu ini berlarutan, Sarawak United dikhuatiri bakal dikenakan tindakan tatatertib oleh MFL dan juga FIFA.