Advertising
Bekas Bintang Selangor, Andik Vermansyah Tercari-Cari Kelab Baru
Transfer
MakanBola
Selangor FA

Bekas awang import Selangor FC, Andik Vermansyah masih tercari-cari kelab baru selepas dilepaskan kelab lamanya, Bhayangkara pada akhir musim lepas.

Ini berdasarkan satu senarai pemain-pemain yang pernah beraksi di Liga 1 Indonesia tetapi bergelar ejen bebas yang dikongsikan akaun Twitter GARAGARABOLA semalam.

Turut berada dalam senarai itu ialah bekas penyerang Persis Solo, Irfan Bachdim. Dua nama ini menonjol kerana pernah mewakili Timnas Indonesia.

Ad

Andik, 31, mewakili Selangor FC selama empat musim dari 2014 hingga 2017. Dalam tempoh tersebut, beliau membantu Red Giants menjulang Piala Malaysia pada 2015 dan naib juara Liga Super pada 2014.

Selain Merah Kuning, Andik juga pernah mewakili Kedah Darul Aman (KDA) FC selama semusim pada 2018. Setelah itu, beliau kembali ke Indonesia bersama Madura United sebelum menyertai Bhayangkara.

Ad
Ad

Mampu beraksi sebagai pemain sayap di bahagian kanan dan kiri, kemahiran teknikal dan pengalaman Andik bakal menjadi aset kepada mana-mana pasukan yang berminat.

Ad