Bekas Jurulatih Kelantan Mahu Angkat Martabat Bola Sepak Vietnam
Asia Tenggara
Dong A Thanh Hoa FC
Advertisements

Bekas pengendali Kelantan FC, Velizar Popov berikrar mahu meningkatkan mutu bola sepak Vietnam terutama dari segi kawalan bola.

Komen tersebut dibuat beliau selepas perlawanan membabitkan kelabnya, Thanh Hoa FC dengan naib juara V. League 1 musim lepas, Hanoi FC.

Popov melihat kawalan bola sebagai penentu kualiti sesebuah pasukan. Ini kerana pasukan yang memiliki kawalan bola yang bagus mampu mengatasi sesiapa saja tanpa mengira jenis padang.

Advertisements

Pengendali Bulgaria melihat ini sebagai kunci untuk membawa bola sepak Vietnam ke hadapan untuk jangka masa panjang.

“Secara peribadi, saya tak suka main hantaran bola jauh dan saya lebih suka mengekalkan kawalan bola dan gaya permainan walaupun keadaan padangnya yang teruk.

“Ini bukan saja untuk kita tetapi ini dapat membantu membangunkan bola sepak Vietnam.

Advertisements

“Thanh Hoa bermain bola sepak pantas dan garang bila mereka mendapat bola dan bila kita mendapat boa, kita akan kembali memberi tekanan untuk mendapatkan bola semula.

“Bila kita lakukan hal itu, amat sukar buat lawan untuk melaksanakan (perancangan) permainan mereka.

“Hanoi FC ialah satu pasukan yang bagus tetapi padangnya tidak cukup bagus. Jika padang lebih stabil, kualiti perlawanan pada hari ini (semalam) juga akan jadi lebih baik,” katanya seperti dilaporkan TheThao247.

Advertisements

Kemenangan semalam memastikan Thanh Hoa memperkukuh cengkaman mereka di tangga kedua V. League 1 dengan 18 mata.

Popov bukan asing dengan penyokong Kelantan kerana pernah melatih pasukan itu pada 2016.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram