Bekas Pemain JDT, Syahrian Abimanyu Robek Jaring Lawan Dengan Rembatan ‘Roket’

Syahrian Abimanyu 1 Bekas Pemain JDT, Syahrian Abimanyu Robek Jaring Lawan Dengan Rembatan 'Roket'
Nabil Fahmi @nabilfamy
4:22pm 16/03/2022

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) yang kini beraksi untuk kelab Indonesia, Persija Jakarta telah mengejutkan dunia bola sepak dengan jaringan beliau yang sangat padu.

Pemain tengah yang bakal menginjak ke usia 23 tahun itu telah diturunkan selaku kesebelasan utama Persija Jakarta dalam perlawanan menentang Borneo FC untuk saingan Liga 1 Indonesia.

Abimanyu berjaya menyamakan kedudukan buat pasukannya pada minit ke-20 selepas Persija ketinggalan seawal minit ke-12 permainan.

Gol rembatan deras kaki kiri Abimanyu itu telah terpilih antara empat gol terbaik minggu lalu. Walaupun berjaya menjaringkan gol, namun Abimanyu telah dilayangkan kad kuning kedua seterusnya kad merah.

Perlawanan berakhir dengan kekalahan buat Persija Jakarta kepada Borneo FC dengan keputusan 1-2. Untuk rekod, Abimanyu telah diturunkan 4 kali musim ini dan berjaya menghasilkan 1 gol dan 1 bantuan gol buat Persija Jakarta.

Syahrian Abimanyu sebelum ini meninggalkan JDT dan berhijrah ke Persija Jakarta di mana pada ketika itu Liga 1 Indonesia berada di pertengahan musim.

Ayuh kita lihat gol ‘roket’ dari Syahrian Abimanyu.