Bekas Pemain Kebangsaan Tak Terima 7 Bulan Gaji?
Liga Super
FA Malaysia
Advertisements

Bekas pemain kebangsaan, Khairil Anuar Zamri atau lebih mesra dipanggil Beto mendedahkan bahawa masih belum menerima tujuh bulan tunggakan gaji daripada dua bekas kelabnya.

Dalam satu hantaran di laman X, Beto difahamkan masih menunggu tiga bulan tunggakan gaji dari Sarawak United FC manakala empat bulan tunggakan gaji dari Kelantan FC.

“Sarawak United FC 9,10,11. Kelantan FC 9,10,11,12. Saja beritahu. Kot kot lupa,” dedah Beto melalui satu hantaran di laman X.

Advertisements

Beto juga memberi peringatan buat kali kedua dalam satu hantaran yang berlainan di laman X.

Baru-baru ini, pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan nama Zamsaham telah membayar RM1000 kepada para pemain dan pegawai pasukan Kelantan sebagai pendahuluan.

Zamsaham berjanji tidak akan lari daripada menyelesaikan tunggakan gaji para pemain dan bayaran yang dibuat tempoh hari menjadi bukti komitmen beliau untuk melangsaikan segala tunggakan.

Advertisements

“Saya faham kalian nak gaji penuh, tetapi saya berikan dahulu RM1000 sebagai pendahuluan, menunjukkan saya ada komitmen dan tidak lari untuk bayar baki gaji,” luah Zamsaham seperti yang dikongsikan di akaun Tiktok beliau.

Selain Beto, beberapa bekas pemain Kelantan lain turut bersuara mengenai tunggakan gaji yang dihadapi seperti Khairul Helmi, Syed Sobri dan Allee Putra.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram