Bekas Pemain Liga Super Perkuat Pahang Rangers
UltraSukan
Pahang Rangers
Advertisements

Juara Malaysia Premier Futsal League (MPFL) 2023, Pahang Rangers mengumumkan pemain import baharu yang bakal memperkuat pasukan menjelang saingan 2024 nanti.

Pahang Rangers mengumumkan berita kemasukan pemain import, Felipe De Souza ini menerusi satu hantaran di media sosial rasmi mereka

“Selamat datang Felipe de Souza!”

Advertisements

“Pivot dari Brazil ini menjadi rekrut terbaru skuad sekaligus melengkapkan kuota import Pahang Rangers bagi musim 2024.”

Felipe De Souza merupakan pemain kelahiran Brazil dan bakal menggalas tanggungjawab di posisi pivot untuk membantu Pahang Rangers merobek gawang gol lawan.

Bertambah menarik, Malaysia bukanlah tempat asing bagi De Souza memandangkan sebelum ini beliau pernah beraksi dalam saingan Liga Super Malaysia bersama Melaka United sebelum bertukar bidang ke sukan futsal.

Advertisements

Beliau menyertai Melaka United pada pertengahan musim 2017 dan berjaya meledak 4 jaringan serta 7 bantuan jaringan dalam 9 penampilan.

Namun, jodohnya tidak panjang dan beliau kembali ke Brazil sebelum beralih ke sukan futsal pada 2018.

Musim lalu, beliau bersama kelab Arab Saudi, Al-Riyadh dan berjaya membantu kelab itu menjulang kejuaraan Saudi Games selain bergelar naib juara Piala SAFF.

Advertisements

Beliau bakal mengisi slot kedua dan terakhir pemain import bagi skuad bimbingan Gerard Casas selepas ketibaan pemain import, Murillo Carlos Saad bulan lalu.

Dua import dari Brazil ini dilihat sebagai satu senjata ampuh bagi membantu Pahang Rangers menghadapi cabaran MPFL musim 2024.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram