Bekas Pemain Selangor Dedah Perbezaan Ketara Herlison Caion Dan Ifedayo Olusegun
Dunia
Selangor FC // MFL
Advertisements

Kemenangan 4-1 Selangor FC ke atas Kedah Darul Aman FC tempoh hari, diserikan dengan prestasi memukau yang ditampilkan oleh penyerang Selangor, Herlison Caion.

Dalam perlawanan itu, Caion berjaya meledak dua gol yang sekali gus menghadiahkan kemenangan pertama Selangor dalam Liga Super selepas hanya seri dalam dua perlawanan terawal.

Bekas pemain tengah Selangor, Nazzab Hidzan mengakui teruja melihat aksi yang ditampilkan Caion dan menjangkakan penyerang Brazil itu akan menjaringkan lebih banyak gol buat Selangor musim ini.

Advertisements

Nazzab juga melihat kualiti yang dimiliki Caion sangat berbeza jika hendak dibandingkan dengan bekas penyerang Selangor musim lalu, Ifedayo Olusegun yang kini beraksi bersama Melaka United.

“Nampak perubahan baik untuk Selangor kerana sebagai penyerang, Caion ada karakter diperlukan berbanding Ifedayo yang lebih banyak menunggu bola.

“Caion seorang yang suka membuka ruang kepada rakan sepasukan,boleh melakukan rembatan sama ada menerusi kaki kiri atau kanan dan sentiasa bekerja di bahagian depan.

Advertisements

“Kita boleh melihat pada gol keempat, dia berlari mencari ruang sebelum rakan sepasukan melakukan hantaran yang dapat disudahkan, inilah penyerang-penyerang yang kita cari untuk Liga Malaysia,” katanya kepada MFL.

Setakat ini, Caion, 31 tahun telah menjaringkan lapan gol keseluruhan dalam empat penampilan beliau dalam semua pertandingan. Manakala Ifedayo masih kemarau gol bersama pasukan baharunya, Melaka United.

Selangor kini berada di tangga ke-5 Liga Super selepas melalui tiga perlawanan. Mereka mencatatkan satu kemenangan dan dua keputusan seri tanpa sebarang kekalahan. Perlawanan seterusnya, mereka bakal berkunjung ke Terengganu untuk menentang pasukan yang menghuni tangga terbawah liga, Terengganu FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram