Bekas perancang tengah Terengganu kini mendapat tempat semula di Liga Croatia setelah menamatkan tempohnya di Liga Malaysia.
Pemain berusia 32 tahun yang dimaksudkan itu ialah Domagoj Pusic yang menjadi sandaran utama skuad Peteh untuk mengemudi jentera tengah pasukan.
Khidmat beliau bagaimanapun tidak dikekalkan dalam pasukan selepas memperagakan aksi kurang memberangsangkan pada permulaan musim.
Beliau akhirnya ditukar dengan barisan kejurulatihan Terengganu memilih untuk membawa masuk Nurillo Tukhtasinov bagi mengisi kekosongan tersebut.
Masa depan beliau akhirnya terjawab apabila sebuah kelab di Liga divisyen kedua Croatia berjaya mendapatkan khidmatnya.
Beliau juga sebelum ini beraksi di kelab yang sama iaitu Bijelo Brdo sebelum ke Terengganu dan kembali ke pangkuan kelab tersebut.
Setakat ini, Pusic baru sahaja beraksi dalam dua perlawanan di sana dan mula mencari rentak bersama pasukan baharunya.
Sepanjang beraksi di Terengganu, pemain tinggi lampai ini beraksi dalam 13 perlawanan dan mencipta satu bantuan gol.
Pasukan bimbingan Tomislav Steinbruckner kini sedang mengharungi tempoh yang cukup baik selepas beraksi di Piala AFC musim ini.