Bekas Pengendali Kelantan, Alfredo Vera Pulang Ke Indonesia
Asia Tenggara
@coach_alfredovera_official
Advertisements

Kelantan yang sebelum ini mengharungi pelbagai dugaan dan ujian pada musim 2023, kini dilihat semakin membisu daripada sebarang khabar berita.

Namun, ada berita yang mengejutkan apabila bekas pengendali Kelantan FC, Alfredo Vera tinggalkan Kelantan dan pulang ke Indonesia.

Jurulatih dari Argentina itu dilaporkan telah pulang ke Indonesia untuk menyertai kelab divisyen satu di sana iaitu Rans Nusantara FC.

Advertisements

Perkara itu disahkan oleh Rans Nusantara FC sendiri di platform media sosial rasmi mereka dua hari lepas, turut mengumumkan Alfredo Vera sebagai ketua jurulatih baharu bagi kelab itu.

”Kami berbesar hati untuk mengumumkan Alfredo Vera sebagai Ketua Jurulatih Baharu Rans Nusantara.”

Advertisements

Kelab yang berada di kelompok bawahan itu telah mendapatkan khidmat Vera untuk membawa Rans Nusantara terus melangkah daripada tangga ke-13 dalam carta Liga 1 Indonesia selepas 29 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram