Advertising
Bekas Penggempur PJ City Kembali Rancakkan Liga Malaysia?
MakanBola
Johor Southern Tigers

Bekas penyerang PJ City FC, Washington Brandao bakal kembali mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2024/25.

Sebelum ini, penyerang Brazil berusia 34 tahun itu pernah mewakili PJ City dalam Liga Super dari 2019 hingga 2020.

Ad

Tempoh itu menyaksikan Brandao meledakkan lapan gol daripada 22 perlawanan liga. Ini termasuk jaringan kemenangan ke atas juara liga 2019, Johor Darul Ta’zim FC (JDT FC) pada 16 Julai 2019.

Ad

Kini, bekas penyerang HB Koge itu dilaporkan bakal mewakili sebuah pasukan dari Pantai Timur untuk kempen Liga M. Khabar angin ini dikongsikan wartawan sukan The Star, T. Avineshwaran.

Walau bagaimanapun, Avineshwaran tidak mendedahkan identiti pasukan Pantai Timur mana yang berjaya menyambar khidmat Brandao.

Ad

“Difahamkan bekas penyerang PJ City, Washington Brandao bakal kembali ke Liga Super. Difahamkan salah satu kelab dari Pantai Timur telah menandatangani khidmatnya,” katanya di X.

Ad

Selain PJ City, Brandao juga pernah beraksi untuk Abahani Limited Dhaka (Bangladesh), Hoang Anh Gia Lai (HAGL) (Vietnam) dan Vendsyssel FF (Denmark).

Ad