Bekas penolong jurulatih Kelantan FC, Pol Corpas sah menyertai kelab Singapore Premier League (SPL), Lion City Sailors.
Perkara ini disahkan beliau menerusi satu hantaran di akaun Instagram peribadinya hari ini.
“Saya rasa gembira untuk mengumumkan bahawa saya secara rasmi Lion City Sailors. Saya amat teruja menyertai kelab yang hebat ini dan saya tidak sabar dengan peluang dan cabaran yang ada di hadapan.
“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada semua orang yang membantu saya sepanjang karier saya terutama keluarga, rakan-rakan, para jurulatih dan rakan-rakan sepasukan.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pengurusan Lion City Sailors kerana memberi peluang kepada saya. Terima kasih kepada sokongan anda semua, saya teruja menjadi seorang Sailor!” katanya di Instagram.
Corpas yang berasal dari Sepanyol akan bekerjasama dengan rakan senegara, Pablo Muniz. Muniz bukan saja berperanan sebagai penolong jurulatih tetapi juga sebagai ketua penganalisis video LCS.