Belgium Intai Khidmat Louis van Gaal
Piala Dunia
Eric Njiru
Advertisements

Selepas membimbing Belanda ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022, nama pengurus Louis van Gaal kembali jadi sebutan. Walaupun sibuk membuat persiapan untuk perlawanan Belanda lawan Amerika Syarikat, ada yang mula mengaitkan pengurus veteran berusia 71 tahun itu sebagai orang paling sesuai menguruskan Belgium susulan perletakan jawatan Roberto Martinez.

Dalam sidang media pra-perlawanan Belanda-USA pada Sabtu, bekas pengurus Manchester United itu tidak menolak kemungkinan mengisi kekosongan jawatan berkenaan. Bercakap kepada media, van Gaal berkata, “Kita mahu jadi juara dunia jadi kita ada empat perlawanan seterusnya yang perlu dihadapi dan selepas itu, barulah kita lihat sama ada wujud sebarang tawaran yang dinyatakan.

“Jika pasukan ini bergelar juara dunia, semua orang dalam dunia bola sepak akan cuba mencari peluang, jadi pastinya ada tawaran. Saya amat tahu tentang hakikat ini. Tetapi buat masa ini, kami bukan juara dunia. Dan kalau saya percayakan media Belanda, kami takkan pernah merasa peluang jadi juara dunia.

Advertisements

“Belgium merupakan sebuah negara yang indah dengan warganya yang peramah – Knokke-Heist merupakan sebuah bandar tepi pantai yang menarik – jadi, ya, saya pun ada terfikir tentang kekosongan (jawatan pengurus Belgium).”

Bila ditanya apa yang perlu dilakukan Persatuan Bola Sepak Belgium untuk melantiknya sebagai pengurus, syarat van Gaal: yakinkan isterinya, Truus terlebih dahulu! Tambahnya, “Anda perlu yakinkan Truus. Bergurau saja, saya sentiasa mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan tetapi terdapat negara di mana saya takkan berpindah ke situ dan isteri saya, Truus, juga takkan melakukan perkara sama.”

Bekas pengurus Barcelona itu turut tidak menolak kemungkinan menguruskan pasukan dari benua Afrika. Tambahnya lagi, “Saya tak fikir begitu tetapi anda harus terbuka kepada semua kemungkinan.” Sebelum ini, van Gaal telah bersara dari dunia bola sepak selepas memenangi Piala FA bersama Manchester United pada 2016. Tetapi beliau kembali menjadi pengurus Belanda buat kali ketiga pada tahun lepas susulan kekalahan Oranje pada pusingan kalah mati EURO 2020.

Advertisements

Sejak itu, Belanda kekal tanpa kalah dalam 18 perlawanan dan hanya dibolosi 14 kali. Sekiranya van Gaal meninggalkan Oranje, bekas pengurus Southampton Ronald Koeman telah dipilih Persatuan Bola Sepak Belanda (KNVB) sebagai pengganti bekas pengurus Ajax Amsterdam itu.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram