Pengurus Belgium,  Roberto Martinez Letak Jawatan
Piala Dunia
Transfer News Live
Advertisements

Susulan kegagalan Belgium layak ke pusingan kalah mati Piala Dunia 2022, pengurus Belgium Roberto Martinez mengumumkan perletakan jawatannya berkuatkuasa serta-merta. Dengan pengumuman tersebut, Persatuan Bola Sepak Belgium bakal mencari pengurus baru bagi menggalas cabaran The Red Devils untuk EURO 2024.

Belgium yang pernah menduduki tempat ketiga Piala Dunia 2018 dianggap pasukan pilihan Piala Dunia 2022 kerana menduduki ranking kedua dunia FIFA. Tetapi faktor usia dan ketidakharmonian dalam pasukan The Red Devils menggugat kempen Kumpulan F mereka. Belgium bukan saja kalah dengan Maghribi tetapi tersingkir daripada kejohanan dengan hanya menjaringkan satu gol.

Martinez memulakan karier pengurusannya bersama Swansea City sebelum menyertai Wigan Athletic. Semasa bersama Latics, beliau membantu pasukan tersebut menjulang Piala FA 2012/2013 tetapi gagal menyelamatkan mereka daripada penyingkiran EPL.

Advertisements

Martinez kemudiannya dibawa ke Goodison Park sebagai pengurus baru Everton menggantikan David Moyes. Bagaimanapun, selepas kempen kurang memuaskan dalam tempoh dua musim, beliau disingkirkan sebelum dilantik sebagai pengganti Marc Wilmots pada Mei 2016. Pada satu ketika, Belgium pernah menjadi pasukan nombor satu dunia di bawah bimbingannya dari September 2018 hingga Mac 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram