Benjamin Mora Ada Sasaran ‘Khas’ Buat JDT Berdepan Guangzhou FC
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketua jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora mengakui tiada yang mustahil buat pasukannya untuk melepasi halangan peringkat kumpulan kali ini.

Menerusi satu kenyataannya, pengendali berusia 43 tahun itu mengakui, sungguhpun kali ini, pasukan dari China itu hanya membariskan pemain muda sahaja, namun beliau tetap tidak memandang rendah cabaran daripada pasukan tersebut.

Mengulas lanjut, beliau tidak menganggap faktor umur menjadi kayu ukur apabila kedua-dua pasukan bakal bertemu esok di Stadium Sultan Ibrahim.

Advertisements

‘Saya tidak mahu melihat dari segi mereka itu muda atau tidak, sebaliknya saya melihat dari pandangan sama ada mereka pemain yang bagus atau tidak, dan ia tiada kena mengena dengan umur mereka.’

‘Kita tidak boleh anggap mereka muda dan kurang berpengalaman, sebaliknya pemain muda lebih dahagakan kejayaan,’ -katanya pada sidang media pra perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim.

Malah, beliau turut merendah diri dengan mengatakan bahawa kedudukan JDT hanyalah sebagai sebuah pasukan kecil jika ingin dibandingkan dengan lawan yang jauh lebih kompetitif.

Advertisements

Beliau juga menganggap hasrat JDT untuk memasang impian dengan meletakkan sasaran untuk layak ke peringkat seterusnya bakal membuatkan anak buahnya bekerja dengan lebih keras.

‘Untuk meletakkan impian adalah percuma, tetapi kami tahu impian sahaja tidak mencukupi, jadi kami perlu bertindak dan percaya kepada keupayaan pemain JDT.’

‘Pada masa ini momentum kami agak bagus terutamanya dalam liga tempatan, jadi kami mahu kekalkan momentum itu dalam pertandingan ACL,’ -katanya kepada Bernama.

Advertisements

Usaha pasukan Harimau Selatan bermula esok dengan sasaran untuk mengutip mata buat pasukan pada edisi kali ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram