Benjamin Mora Dikatakan Ke Jepun Kaji Kekuatan Lawan ACL
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Ketiadaan ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dalam dua perlawanan terakhir pasukan menimbulkan tanda tanya peminat.

Mora tidak bersama pasukan ketika mencatat kemenangan ke atas Penang dan juga Melaka United baru-baru ini sekaligus menyebabkan sosok ini dicari.

Walau bagaimanapun, pengendali kelahiran Mexico ini difahamkan terbang ke Jepun bagi mengenal pasti lawan mereka di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL), Urawa Red Diamonds.

Advertisements

Hal ini disebabkan kehadiran pasukan gergasi Eropah, Paris Saint Germain ke negara matahari terbit itu adalah untuk mengadakan perlawanan persahabatan pra-musim menentang lawan JDT di ACL tersebut.

Malah, jurulatih berusia 43 tahun itu difahamkan berada di sana untuk mengenal pasti kekuatan lawan mereka yang juga juara dua kali di pentas ACL tersebut.

Walau bagaimanapun, sehingga kini masih tiada lagi makluman rasmi daripada Johor Southern Tigers mengenai ketiadaan Mora untuk membimbing pasukan setakat ini.

Advertisements

Mora telah pun mengecapi pelbagai kejuaraan berprestij bersama JDT termasuklah merangkul kejuaraan Liga Super sebanyak tiga kali pada tahun 2019, 2020 dan 2021.

Beliau juga telah membantu pasukan menjulang Piala Malaysia pada tahun 2019.

 Mora tampil kali terakhir bersama pasukan ketika berkunjung ke Sabah di Stadium Likas, 15 Julai lalu selain membantu Harimau Selatan menang 2-1 hasil jaringan Fernando Forestieri pada lewat permainan.

Advertisements

JDT bakal turun berkunjung bagi menentang Urawa Reds pada 19 Ogos ini pada jam 7 malam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram