Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Benjamin Mora dikesan sudah tiba di Singapura hari ini namun pelbagai persoalan timbul berkenaan status beliau ketika ini.

Pengendali kelahiran Mexico ini sudah berkhidmat dalam kancah bola sepak Malaysia sejak tahun 2015 bersama JDT II sebelum naik pangkat untuk bersama pasukan utama Harimau Selatan.

Sepanjang tempoh tersebut, beliau sudah pun mengecapi 8 trofi kejuaraan termasuklah 3 kali Liga Super sepanjang berada di bawah kendaliannya.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Mora dikhabarkan sudah pun berada di lapangan terbang ketika ini sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau sedia kembali ke kancah kejurulatihan.

Menerusi satu hantaran di laman rasmi Instagram beliau, Mora difahamkan sudah telah meninggalkan negaranya selepas beliau dikatakan pulang ke Mexico untuk menyelesaikan hal peribadi.

Hantaran itu juga disulami dengan ayat bahawa cutinya sudah habis dan beliau sedia kembali dengan lebih kuat dan bersemangat.

Advertisements

Gambar yang dimuat naik itu juga dikatakan merupakan lapangan terbang Changi di Singapura.

Malah, wajah ceria Mora ini juga disusuli dengan bendera Johor di tangan selain kata-kata ‘Luaskan Kuasamu Johor’ diletakkan di bawah hantaran tersebut.

Ketika ini, peminat mula berkira-kira ke mana hala tuju beliau selepas dikaitkan dengan beberapa pasukan di Indonesia dan juga Singapura.

Advertisements

Destinasi beliau juga mungkin adalah untuk kembali ke JDT dengan memainkan peranan yang berbeza namun tiada sebarang pengumuman rasmi dibuat oleh kelab setakat ini.

Pengalaman Mora yang sudah mengetahui selok-belok bola sepak di Asia Tenggara sudah pasti menjadi aset terbesar bagi memacu lebih banyak kejayaan buat pasukannya yang dibimbingnya nanti.

CF6184D2 FA63 4B91 8D25 4BAD79254F54 Benjamin Mora Kembali Ke Johor Darul Ta'zim?
Instagram: Benjamin Mora
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram