Benjamin Mora: Kita Ada Masalah Di Bahagian Tengah
Dunia
unifi
Advertisements

Benjamin Mora akui pasukannya, Johor Darul Ta’zim (JDT) mempunyai masalah pada bahagian tengah selepas seri 2-2 sama menentang Sri Pahang di Stadium Sultan Ibrahim.

“Perlawanan yang amat sukar terutamanya pada separuh masa pertama.

“Kami ada sedikit masalah di bahagian tengah, pressing, kami memberikan mereka (Sri Pahang) banyak ruang..

Advertisements

“Kami bermain pada separuh masa kedua sangat baik, saya rasa kami cuba yang terbaik untuk memperoleh jaringan dan Sri Pahang buat kerja yang bagus, fighting dan organisasi terkawal seperti biasa.

“..dan kami seri, 1 mata.” Jelas Mora kepada wartawan sejurus tamat perlawanan.

Keputusan seri dalam perlawanan ini juga bermaksud pasukan Sri Pahang berjaya menamatkan winning-streak pasukan JDT yang sebelum ini berjaya memperoleh 6 kemenangan berturut dalam perlawanan Liga Super musim ini.

Advertisements

Dalam perlawanan Liga Super JDT menentang Sri Pahang, kedua-dua pasukan seri 2-2 hasil dua jaringan Bergson untuk pasukan tuan rumah dan 1 gol Saiful Jamaluddin dan Manuel Hidalgo buat pasukan Sri Pahang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram