Dunia
Johor Southern Tigers & Benjamin Mora
Advertisements

Bekas ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT) mula dikesan mengikuti perkembangan pasukan yang berpangkalan di Indonesia, Persib Bandung.

Pengendali kelahiran Mexico itu telah pun berpisah dengan JDT sebelum ini setelah dilaporkan pulang ke negara asalnya untuk menyelesaikan urusan peribadinya di sana.

Walau bagaimanapun, baru-baru ini, beliau ada memuat naik satu hantaran di laman Instagramnya dengan memaparkan kelibatnya yang difahamkan sudah pun berada di Lapangan Terbang Changi, Singapura.

Advertisements

Sungguhpun destinasi sebenar beliau masih tidak dapat dipastikan, Mora kini mula dilihat mengikuti sebuah kelab yang berada di Indonesia iaitu Persib Bandung.

Hal ini juga dikuatkan lagi dengan kenyataan oleh beliau sendiri apabila mengesahkan tempoh percutiannya sudah tamat sekaligus menguatkan lagi spekulasi bahawa beliau bakal kembali ke kancah kejurulatihan di Asia Tenggara.

Pemergian jurulatih Persib, Robert Alberts baru-baru ini telah menyebabkan para penyokong mereka kuat memberi andaian dengan nama Mora dikaitkan untuk mengisi kekosongan tersebut.

Advertisements

Rekod baik selain pengalaman luas ketika bersama JDT pastinya ditagih oleh pasukan di Asia Tenggara dalam memastikan pasukan mereka mampu bersaing pada peringkat tertinggi.

Mora juga ketika bersama JDT tidak mengikuti mana-mana pasukan Liga Super sehingga kini mungkin bakal menjadikan Indonesia sebagai destinasi seterusnya untuk melangsungkan kariernya sebagai jurulatih di sana.

965B8C77 F329 40A4 9397 2D0F50968E6A Terkini: Benjamin Mora Mula Ikuti Persib Bandung
IG: Benjamin Mora
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram