Benjamin Mora Tak Kecewa Ditundukkan Kawasaki Fronlate
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Perlawanan keempat peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Kawasaki Frontale berkesudahan dengan JDT tewas 5-0 semalam.

Walaupun kehilangan 3 mata penuh dalam pertembungan semalam, pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT) Benjamin Mora menyatakan bahawa beliau tidak berasa kecewa ditundukkan pasukan gergasi Asia itu.

Dalam pada itu, Mora menjelaskan bahawa beliau mempunyai alasan tersendiri pada perlawanan tersebut kerana mahu memberi ruang kepada pemain meraih pengalaman pertama beraksi di temasya ACL ini.

Advertisements

Sementara itu, pengendali dari Mexico itu menyatakan anak buahnya telah bekerja keras untuk memberi saingan terhadap kelab jepun itu dan akui agak sukar untuk kekalkam momentem permainan kerana asakan daripada pihak lawan.

“Ada pemain yang diturunkan pada perlawanan itu meraih pengalaman pertama beraksi di pentas ACL. malah kami sudah berusaha untuk memberi saingan terhadap kelab gergasi Asia itu dan memang sukar untuk mengekalkan rentak permainan konsisten kerana pasukan lawan tidak memberi ruang bagi menyusun gerakan,” jelasnya.

Beliau juga akui sukar untuk berdepan pasukan yang kini berada di ranking pertama kelab Asia berbanding JDT yang berada di tangga ke-215. Malah JDT tidak mampu untuk mempamer aksi terbaik selepas tiga hari beraksi kerana faktor keletihan pemain menjejaskan perancangan.

Advertisements

“Saya tidak berasa kecewa dengan kekalahan itu kerana kami sudah beri yang terbaik dan berusaha untuk memberi saingan terhadap barisan pemain Kawasaki Frontale.”

“Kini kami akan membuat persiapan bagi mengharungi bagi dua perlawanan lagi dan kami perlu menang ke atas Guangzhou FC dan Ulsan Hyundai sekiranya mahu menempatkan diri ke pusingan seterusnya,” katanya kepada Berita Harian.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram