Beregu Malaysia Raih Habuan 6 Angka
UltraSukan
BA Malaysia
Advertisements

Beregu campuran Malaysia, Wong Soon Huat dan Shevon Lai menerima habuan lumayan apabila menamatkan penantian kejuaraan Malaysia Masters 2024 dalam acara berkenaan.

Ini kerana Soon Huat-Shevon menerima hadiah kemenangan berjumlah AS$33,180 (RM156,095) sebagai pemenang untuk acara regu campuran.

Hadiah ini juga disifatkan sebagai hadiah perkahwinan kepada regu campuran itu. Ini kerana Soon Huat dan Shevon telah melangsungkan perkahwinan mereka pada 4 Mei lalu.

Advertisements

Kemenangan ini turut menamatkan penantian rakyat Malaysia melihat regu negara bergelar juara Malaysia Masters.

Sebelum ini, kali terakhir gelaran juara Malaysia Masters dipegang regu campuran negara diraih pada tahun 2017 menerusi Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing.

Advertisements

Soon Huat-Shevon muncul juara selepas mengenepikan cabaran regu campuran dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari di pentas final dengan keputusan 21-18, 21-19.

Ini gelaran juara antarabangsa kedua yang diraih mereka untuk tahun 2024. Sebelum ini, Soon Huat-Shevon turut bergelar juara Swiss Open 2024 selepas menewaskan rakan senegara, Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei di pentas final.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram