Bergson da Silva: Kami Sedia Lakar Sejarah
Asia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Bergson Da Silva bersedia untuk melakar sejarah baru buat pasukan JDT di pentas Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Pemain import yang berasal daripada Brazil itu yakin beliau dan rakan sepasukannya mampu mencipta kejutan sekali lagi untuk menewaskan wakil dari Korea Selatan, Ulsan Hyundai. JDT sebelum ini telah menundukkan Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 hasil ledakan Bergson Da Silva dan Fernando Forestieri.

“Kami bersedia untuk menjadi sebahagian daripada sejarah dan segalanya akan ditentukan pada perlawanan menentang Ulsan Hyundai nanti.”

Advertisements

Penyerang yang berusia 31 tahun itu menjelaskan bahawa JDT ketika ini amat bermotivasi tinggi untuk memberikan segalanya pada aksi petang esok. Tambah Bergson, skuad kendalian Benjamin Mora akan mempersiapkan diri dari segenap sudut termasuk aspek mental dan fizikal.

“Kami cukup bermotivasi untuk mencurahkan aksi terbaik di atas padang nanti,” ujar Bergson seperti yang dipetik dari Utusan Malaysia.

Johor Darul Ta’zim bakal berdepan Ulsan Hyundai pada esok di Stadium Sultan Ibrahim bagi memastikan tiga mata dalam genggaman untuk melayakkan skuad Harimau Selatan ke pusingan seterusnya dalam cabaran Liga Juara-Juara Asia (ACL) 2022.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram