Penyerang berbisa Johor Darul Ta’zim, Bergson Da Silva tampil memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya untuk aksi kelayakan Piala Asia 2027 di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.
Nama Bergson terus menjadi bualan hangat ramai apabila beliau dikatakan semakin hampir untuk menyarung jersi pasukan kebangsaan selepas Pemangku Sultan Johor memaklumkan pemain kelahiran Brazil itu antara calon utama naturalisasi Malaysia.
“Bergson boleh dinaturalisasikan sebagai pelan jangka pendek selepas beraksi 5 tahun di Malaysia,” kata DYAM Tunku Ismail.

Malah sebelum ini juga Bergson turut menyatakan bahawa beliau sentiasa bersedia untuk mewakili Harimau Malaya pada bila bila masa kerana sudah menganggap Malaysia sebagai rumah buatnya.
“Anda menjumpai cara terbaik untuk saya dan juga Harimau Malaya. Saya sentiasa di sini kerana macam saya katakan, saya rasakan di sini (Malaysia) seperti rumah sendiri,” kata Bergson.
Ketika ini, skuad kendalian Peter Cklamovski berjaya memenangi perlawanan pertama dalam aksi menentang Nepal malam tadi. Pemain tengah baharu Warisan, Hector Hevel dan Corbin Ong antara peledak kemenangan Malaysia.