Bergson: Jangkaan Terhadap JDT Sentiasa Tinggi
Piala FA
Johor Southern Tigers
Advertisements

Dengan status masih belum kalah dalam Liga Super setakat ini, ramai meletakkan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC sebagai pasukan pilihan untuk perlawanan separuh akhir Piala FA malam ini. Bagi penyerang berbisa mereka, Bergson da Silva, jangkaan tinggi sebegini sudah dijangka.

Ini kerana dengan kejayaan Harimau Selatan menggondol empat kejuaraan musim lepas, pastinya ada yang mahu pencapaian tersebut diulangi. Ini termasuk layak ke pentas final Piala FA musim ini.

Tetapi bekas penyerang Fortaleza itu menyifatkan ia boleh diuruskan dengan fokus mereka pada malam ini ialah memberi persembahan yang terbaik ke atas Selangor FC di Stadium Sultan Ibrahim (SSI).

Advertisements

“Yang terbaik semestinya. Kami satu pasukan sedang bersedia ketika ini. Dan bila anda beraksi untuk pasukan seperti JDT (FC), anda harus bersedia untuk detik-detik sebegini.

“Inilah detik, peluang untuk berikan segala-galanya di atas padang. Kami tahu detik paling penting untuk kelab ialah dalam perlawanan besar, semua orang meletakkan jangkaan tinggi.

Advertisements

“Kami akan berada di situ dan mencuba untuk menang serta meraih gelaran buat para penyokong,” katanya.

Bergson turut mengakui lawan mereka malam ini, Selangor FC bakal memberi tentangan sengit bagi mendapatkan tiket final Piala FA. Tetapi penyerang Harimau Selatan itu percaya beliau dan rakan-rakan sepasukannya mampu mengatasi cabaran berkenaan.

Advertisements

“Ya, ia satu perkara penting. Detik penting bagi kami, kami tahu perlawanan malam ini sukar. Kami bermain di gelanggang sendiri menentang pasukan gergasi (Selangor FC). Ia satu cabaran beraksi di gelanggang sendiri.

“Tapi apa yang kami perlu lakukan ialah lakukan apa yang biasa kami lakukan. Bermain dengan bagus dan beri komitmen 100% kepada penyokong, jurulatih (Esteban Solari) dan semua orang yang ada kaitan dengan kelab,” tambahnya.

Advertisements

Pemenang aksi separuh akhir Piala FA malam ini bakal menyaksikan mereka bertemu dengan KL City FC di pentas final. Dengan SSI telah dipilih sebagai venue Piala FA musim ini, JDT FC pastinya tidak mahu terlepas peluang menjulang piala tersebut di hadapan para penyokng mereka.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram