Bergson Kini Antara Yang Terbaik Di Liga Juara-Juara AFC
ACL
Johor Southern Tigers
Advertisements

Biarpun Johor Darul Ta’zim (JDT) menamatkan saingan Liga Juara-Juara AFC (ACL) di pusingan 16 terakhir, namun penyerang JDT, Bergson da Silva tetap menjadi pilihan sebagai penyerang terbaik di kejohanan tersebut.

Penyerang import dari Brazil itu dipilih sebagai salah seorang penyerang terbaik di ACL bersama-sama dua lagi penyerang iaitu penyerang Al-Hilal, Odion Ighalo dan penyerang Daegu FC, Zeca. Pemilihan ketiga-tiga penyerang ini adalah hasil undian dari peminat.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh laman twitter rasmi Liga Juara-Juara AFC yang mana Bergson merupakan satu-satunya pemain dari JDT yang tersenarai. Kebanyakan pemain yang dipilih adalah dari kelab Al-Hilal yang menjadi naib juara kejohanan tersebut.

Advertisements

Bergson mempamerkan aksi yang memukau dalam ACL musim lalu apabila penyerang berusia 32 tahun itu berjaya meledak enam jaringan selepas enam perlawanan yang diharungi. Jika dijumlahkan kesemua jaringan dari semua pertandingan yang disertai JDT, Bergson sudah meledak 46 gol daripada 36 perlawanan.

Khidmat Bergson dijangka terus menjadi sandaran JDT bagi saingan ACL musim ini. Gandingan Bergson dan Fernando Forestieri bakal menjadi taruhan utama JDT bagi mencetak sebanyak gol yang boleh sekali gus membawa JDT lebih jauh di pentas tertinggi Asia ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram