“Berilah Peluang Kepada Jurulatih Tempatan” – Azraai Khor
Liga Super
Berita Harian
Advertisements

Bukan satu rahsia sesetengah pasukan Liga Super lebih cenderung mendapatkan jurulatih asing kononnya dapat mengangkat pasukan ke tahap lebih tinggi. Tetapi selepas melihat beberapa pasukan yang mengupah mereka bergelut, Azraai Khor Abdullah merasakan sudah tiba masanya jurulatih tempatan diberi peluang mengendali pasukan.

Musim ini menyaksikan empat pasukan dibimbing jurulatih asing baru iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), Kelantan, Kelantan United dan Terengganu. Tetapi The Red Warriors dan Kijang Hijau kemudiannya merehatkan jurulatih mereka iaitu Choi Moon-sik dan Tomas Trucha berikutan prestasi buruk dalam liga.

Atas sebab itu, sudah tiba masanya jurulatih tempatan yang lebih berkelayakan diberi peluang berbanding jurulatih asing dengan reputasi tak seberapa. Ini kerana menurut bekas jurulatih Kedah itu, mereka lebih memahami kehendak teknikal sesebuah pasukan.

Advertisements

“Cuma macam inilah bagi saya, tahun demi tahun jurulatih tak banyak berubah. Yang paling penting ialah bila pasukan nak lantik jurulatih pun, mereka kena periksa semak latar belakang.

“Bila nak bawa pasukan dalam Liga M, takkan tak nampak kan? Jadi bagi saya, kalau setakat itu saja, baik beri peluang kepada jurulatih-jurulatih tempatan kita. Biar mereka tunjukkan sesuatu, itulah pandangan saya,” katanya kepada Nadi Arena semalam.

Dan itu yang ditampilkan Kelantan United di bawah bimbingan jurulatih sementara Nazrulerwan Makmor. Biarpun tewas 1-0 kepada Sri Pahang dalam perlawanan liga beberapa hari lepas, Kijang Hijau memberi tentangan bermati-matian kepada tuan rumah dan hanya kalah disebabkan gol lewat Stefano Brundo.

Advertisements

Prestasi yang ditunjukkan mereka dilihat jauh lebih baik berbanding di bawah bimbingan Trucha dalam beberapa perlawanan sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram