Harimau Malaya menanti berita baik menjelang babak seterusnya tahun ini.
Skuad kendalian Peter Cklamovski telah pun menamatkan saingan Kumpulan F, Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 dengan 9 mata.
Kedudukan tangga kedua ini bagaimanapun tidak cukup untuk memastikan pasukan kebangsaan layak ke pentas Piala Asia 2027 dengan Vietnam mara selaku juara kumpulan (18 mata).
Skuad negara diserikan dengan beberapa khabar angin selepas difahamkan beberapa pemain baharu dijangka memperkuat Harimau Malaya dalam masa terdekat.
Laporan daripada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam mendedahkan bahawa pasukan kebangsaan berpotensi untuk menerima seorang pemain warisan baharu.
“Malaysia dijangka bakal diperkuat dengan kehadiran seorang tonggak warisan baharu, ini saya bawakan secara eksklusif,” ujarnya lagi.
Zulhelmi turut menyatakan bahawa pemain yang dimaksudkan itu berdarah campuran Australia-Malaysia menerus perkongsian terkininya.
Bukan itu sahaja, khabar dari Cklamovski juga menyatakan bahawa Harimau Malaya berpotensi untuk menerima sentuhan dua pemain naturalisasi baharu, Bergson Sa Silva dan Giancarlo Gallifuoco.
Setakat ini, masih tiada pengumuman rasmi daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berhubung status tiga pemain ini untuk menyertai Harimau Malaya.