Harimau Malaya
Ferdy Druijf
Advertisements

Berita mengenai penyerang berbakat Belanda, Ferdy Druijf yang dicanang berpotensi besar untuk memperkuat Malaysia mula menjadi bualan orang Jerman.

Perkara ini dilaporkan oleh laman Frfuturetalents berkenaan pemain berusia 26 tahun itu yang difahamkan memiliki pertalian darah yang membolehkannya mewakili Harimau Malaya.

Beliau juga kini dilaporkan dalam fasa untuk menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk membuktikan perkara tersebut dengan terdapat usaha daripada wakil FAM untuk berhubung dengan penyerang berbisa ini.

Advertisements

“Keinginan saya untuk bermain buat Malaysia ada, tetapi buat masa ini saya sedang menyediakan dokumen yang membuktikan nenek saya dilahirkan di Malaysia,” kongsi Ferdy seperti yang didedahkan Frfuturetalents di laman X.

Ferdy merupakan pemain kelab Austria, Rapid Vienna yang dipinjamkan ke kelab Belanda, PEC Zwolle. Bersama PEC Zwolle musim ini, Ferdy sudah meledak lima jaringan dan dua assist dalam 15 perlawanan.

Advertisements

Perkembangan tentang Ferdy Drujif telah menarik beberapa pasang mata di Jerman yang kelihatan turun mengikuti perkembangan beliau.

Pemain kelab Shalke O4 di Bundesliga 2, Thomas Ouwejan turut meninggalkan komen berbentuk bendera Malaysia pada satu hantaran terbaru penyerang tinggi lampai ini.

Advertisements
Copy of Untitled Design 23 Berita Ferdy Druijf Ke Malaysia Jadi Bualan Orang Jerman

Pertahanan kental Go Ahead Eagles, Joris Kramer memberi bayangan bahawa khidmat bekas pemain B-20 Belanda ini selangkah untuk mewakili Harimau Malaya.

Ketajaman Ferdy terserlah di Eridivisie apabila meledak 5 gol dalam 15 penampilan musim 2023/24 dengan rekod menunjukkan bahawa beliau sudah pun meledak 100 gol dalam 233 penampilan profesional setakat ini.

Advertisements

Menurut satu kenyataan rasmi oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin, beliau memberitahu bahawa usaha untuk mendekati pemain warisan Malaysia di luar negara sudah pun dijalankan.

“Pemain warisan ini terlalu banyak, saya tak ingat namanya. Namun begitu, salah seorang exco FAM iaitu Christopher Raj ada berhubung dengan keluarga mereka namun tiada jawapan kalau itu pemain yang dimaksudkan (Ferdy Drijif).

“Kalau kita mahu mengambil pemain warisan, pastikan ada kualiti kalau tak, tak payahlah,” katanya ketika ditemui di Le Meridien Kuala Lumpur..

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram