Advertisement
BG Pathum Hilang Khidmat Chanatip Songkrasin
ACL
MakanBola
BG Pathum

Pasukan Liga 1 Thailand, BG Pathum United terpaksa menelan hakikat yang cukup berat apabila kehilangan perancang tengah berbakat, Chanatip Songkrasin.

Pemain berusia 29 tahun itu kembali ke Thailand selepas beberapa musim berkelana di Jepun bersama Kawasaki Frontale.

Sungguhpun melalui awal musim yang cukup cemerlang bersama kelab gergasi Thailand itu, khabar kurang baik pula menyusul.

Menerusi laporan dari Asean Football, kapten skuad kebangsaan Thailand itu terpaksa diketepikan bagi aksi penting berdepan jaguh Korea Selatan, Ulsan Hyundai.

BG Pathum diundi dalam Kumpulan l bersama wakil Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT), Kawasaki Frontale dan Ulsan Hyundai.

Chanatip sudah pun terlepas akhit terakhir liga berdepan Muangthong United saat pasukannya menang besar 5-2.

Dalam tiga aksi liga musim ini, beliau sudah pun meledak satu gol bersama pasukan.

Ketiadaan beliau bakal memberi tamparan hebat buat pasukan apabila bakal beraksi di hadapan puluhan ribu penyokong di Stadium Munsu pada 19 September 2023.