Ads
Asia
etemozuturk.raw

Bintang muda Galatasaray, Beknaz Almazbekov menjadi pemain paling muda yang didaftarkan untuk menghadapi Piala Asia 2023 Qatar.

Advertisements

Pemain berusia 18 tahun itu bakal menyarung jersi pasukan kebangsaan Kyrgyzstan dan merupakan pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian serangan.

Advertisements

Usia yang muda bukanlah penghalang buat Beknaz untuk menyinar bersama Kyrgyzstan. Sehingga kini, beliau sudah mengumpul empat penampilan antarabangsa sejak kali pertama pada Jun 2022.

Advertisements

Advertisements

Pemain kedua termuda kejohanan Piala Asia 2023 adalah pemain Iraq yang kini beraksi bersama kelab Sweden, Hammarby iaitu Montader Madjed. Ini merupakan peluang pertama Montader untuk mendapatkan penampilan antarabangsanya yang pertama.

Mempunyai kelincahan dan kepantasan, Montader yang berusia 18 tahun merupakan pemain di posisi sayap kanan dan pernah beraksi untuk skuad kebangsaan Sweden Bawah 19 tahun. Namun beliau memilih Iraq untuk penampilan senior di pentas antarabangsa.

Advertisements

Melengkapkan senarai tiga pemain termuda di Piala Asia adalah pemain Syria yang kini beraksi dengan kelab Russia, CSKA Moscow iaitu Maksim Sarraf.

Penjaga gol berketinggian 1.85 meter ini adalah pemain kelahiran Russia namun memilih untuk mewakili Syria. Maksim yang juga berusia 18 tahun masih belum mempunyai kaps di peringkat senior.

Advertisements

Ketiga-tiga pemain ini merupakan pemain termuda di Piala Asia 2023 Qatar. Kelibat ketiga-tiga mereka ini sudah pasti bakal menjadi perhatian ramai. Sejauh manakah kemampuan mereka untuk mengatasi debaran di pentas berprestij di Asia ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram