Bintang Import Kelantan Angkat Kaki
Transfer
Instagram miguelcifu
Advertisements

Pemain import Kelantan FC dari Sepanyol, Miguel Cifuentes mengesahkan bahawa perlawanan Liga Super menentang Kelantan United semalam adalah perlawanan terakhir beliau buat skuad ‘The Red Warriors’ itu.

Perlawanan terakhir Cifuentes itu menyaksikan Kelantan tewas 1-4 kepada Kelantan United. Cifuentes diturunkan sebagai pemain utama dan beraksi di posisi tengah menyerang sebelum dikeluarkan pada minit ke-73 perlawanan.

Melalui tinjauan di laman instagram Cifuentes, pemain itu mengucapkan selamat tinggal buat Kelantan dan berterima kasih di atas peluang yang diberikan kepada beliau sejak menyarung jersi Kelantan pada pertengahan Februari yang lalu.

Advertisements

“Masanya telah tiba untuk perlawanan terakhir saya. Saya berasa sangat berterima kasih kepada semua orang atas kasih sayang dan peluang untuk berjuang bersama-sama. Kelantan FC akan sentiasa istimewa buat saya. Saya telah cuba melakukan yang terbaik.

“Terima kasih kepada kelab atas peluang itu, saya tahu ia bukan jalan yang mudah, terima kasih kepada kakitangan dan jurulatih. Terima kasih kepada peminat atas kasih sayang dan sokongan. Dan terima kasih kepada rakan sepasukan saya yang telah membuatkan saya berasa seperti sebuah keluarga,” luah Cifuentes di laman instagram beliau.

Khabar angin mula bertiup mengenai masa depan pemain berusia 32 tahun itu. Ada pihak yang mengaitkan Cifuentes dengan beberapa kelab Liga Super seperti Sabah FC dan Terengganu FC namun sehingga kini masih tiada pengumuman rasmi dibuat.

Advertisements

Untuk rekod, Cifuentes hadir ke Kelantan pada Februari yang lalu dan sehingga kini, beliau sudah beraksi sebanyak 13 kali. Cifuentes berjaya mempamerkan aksi berkualiti dengan meledak 4 jaringan dan 1 bantuan jaringan buat Kelantan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram