Bintang Indonesia Akui Memang Nak Pukul Doan Van Hau
Asia Tenggara
Vnexpress
Advertisements

Pemain pertahanan Vietnam, Doan Van Hau sememangnya terkenal dengan corak permainan agresif ketika beraksi. Kadangkala ianya menimbulkan rasa kurang senang buat pemain lawan.

Itu yang terjadi kepada penyerang skuad kebangsaan Indonesia, Dendy Sulistyawan yang pernah menerima terjahan keras daripada Van Hau pada perlawanan Piala AFF 2022 di antara Indonesia menentang Vietnam Januari lalu.

“Pada masa itu, saya berasa sangat marah dan sememangnya nak bergaduh dengan dia (Van Hau). Ianya terjahan menggunakan kedua-dua belah kaki, dia selayaknya dipukul,” jelas Dendy kepada Mills.

Advertisements

Walau bagaimanapun, Dendy mengingatkan dirinya bahawa jika dirinya bertindak balas dengan cara yang ganas, pasti kad merah akan dilayangkan sekali gus merugikan pasukannya.

Kejadian itu dapat dileraikan dengan kedua-duanya saling bertolak-tolakan antara satu sama lain. Permainan tamat 0-0 sebelum Indonesia tewas 0-2 di pada separuh akhir kedua di Vietnam.

Advertisements

Kini Van Hau dipastikan tidak dapat beraksi untuk beberapa bulan gara-gara kecederaan tumit yang memaksa beliau direhatkan antara tiga ke enam bulan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram