Bintang Liga Korea, Lee Tae-min Jadi Rekrut Terbaru Perak
Transfer
TBG TV
Advertisements

Bintang muda Korea Selatan, Lee Tae-min menjadi pemain terbaru yang menyertai Perak FC.

Pengumuman perpindahan ini dibuat pengurusan Perak menerusi satu hantaran video di platform media sosial mereka semalam.

Sebelum ini, perpindahan Tae-min ke skuad The Bos Gaurus turut diumumkan oleh kelab lamanya, Busan IPark menerusi satu hantaran di media sosial mereka.

Advertisements

“Perak FC hari ini mengumumkan kehadiran pemain sayap dari Korea Selatan, Lee Tae Min bagi mengisi kuota pemain import Asia. Selamat datang ke Keluarga Perak FC, Lee Perak!” kata kelab dalam satu kenyataan.

Tae-min telah merekodkan 42 penampilan di K-League 2 untuk Busan dan kelab pinjamannya sebelum ini, Jeonnam Dragons.

Bintang berusia 21 tahun itu mengakui ini pengalaman pertamanya di Malaysia. Tae-min pada masa sama percaya beliau mampu beradaptasi dengan suasana dan budaya di sini tanpa sebarang masalah.

Advertisements

“Ini kali pertama saya berada di Malaysia. Saya akan cepat menyesuaikan diri dengan suasana dan budaya di sini. Saya akan buat yang terbaik demi Perak FC,” katanya kepada saluran media rasmi Perak, TBG TV.

Mampu beraksi di sayap kiri, beliau juga mampu beraksi di sayap kanan sekiranya diperlukan. Tae-min dibawa masuk menggantikan pemain import Korea Selatan sebelum ini, Seo Seun-ung yang tidak dikekalkan Perak untuk musim 2024-2025.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram