Bintang Muda Arsenal & Fulham, Keanu Marsh-Brown Perkuat Kuching City
Dunia
Advertisements

Bekas pemain akademi gergasi Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Fulham, Keanu Marsh-Brown diumumkan secara rasmi sebagai pemain import terbaru Kuching City FC.

Beliau yang sebelum ini berpengalaman luas beraksi di Eropah bakal beraksi di posisi tengah dan serangan Kuching City menghadapi musim baru Liga Premier 2022.

Marsh-brown yang dilahirkan di Hammersmith, England pada 10 Ogos 1992 sebelum ini turut mewakili skuad kebangsaan England bawah 16 dan 17 semasa zaman mudanya.

Advertisements

Selain beraksi bersama skuad akademi Arsenal dan Fulham, beliau turut mewakili pasukan dari Lancashire, Oldham Athletic yang beraksi di EFL League 2, England.

Kehadiran pemain lincah ini ke Kuching City bakal memberikan kelebihan buat Irfan Bakti memperkuatkan pasukannya menghadapi musim baru Liga Premier 2022.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram