Bintang bernilai 3 Juta Euro (RM14.5 Juta) semakin menghampiri revolusi Harimau Malaya.
Skuad kendalian Peter Cklamovski dalam persiapan bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam tidak lama lagi.
Usaha memantapkan pasukan diteruskan dengan jayanya selepas Malaysia NT mengumumkan ketibaan tonggak baharu dari La Liga, Facundo Garces untuk membantu Harimau Malaya.
Pertahanan kebal kelahiran Argentina itu berusia 25 tahun itu pernah bermain di liga tertinggi Argentina.
Beliau baru sahaja menamatkan musim bersama Deportivo Alavés di La Liga telah melengkapkan segala keperluan pendaftaran dan kelayakan.
Laporan daripada Radiogol.com memberi khabar baharu mengenai seorang lagi calon pemain warisan baharu Harimau Malaya iaitu tonggak lincah, Imanol Machuca.
Pemain berusia 25 tahun itu dilaporkan bakal menjadi sebahagian daripada pemain warisan baharu Malaysia bersama Facundo Garces.
“Kedua-dua pemain iaitu Facundo Garcés dan Imanol Machuca kini dalam perjalanan ke Malaysia selepas dipanggil oleh pasukan kebangsaan Harimau Malaya.
“Mereka akan mula bermain pada Selasa depan perlawanan Pusingan Kelayakan Akhir Piala Asia 2027 Arab Saudi. Mereka dihubungi oleh barisan kejurulatihan Malaysia untuk menyertai pasukan,” ujar laporan tersebut.
Laporan itu juga mengesahkan bahawa kedua-dua pemain ini akan beraksi dan membantu Harimau Malaya bagi menghadapi Vietnam pada 10 Jun ini.
“Selepas menerima pelawaan itu dan memulakan prosedur undang-undang, Garcés dan Machuca dalam perjalanan untuk menyertai penumpuan di Kuala Lumpur Selasa ini, dengan melihat penampilan sulung pada 10 Jun depan,” tambahnya.