Bintang Tengah Belanda Disambar Lion City Sailors
Transfer
Lion City Sailors
Advertisements

Selepas dua kali terlepas gelaran juara Singapore Premier League (SPL), Lion City Sailors mahu bangkit untuk musim 2024.

Atas sebab itu, The Sailors mengumumkan perpindahan bintang tengah Belanda, Bart Ramselaar dari Utrecht dengan yuran yang tidak didedahkan.

“Lion City Sailors memperkenalkan pemain tengah Belanda, Bart Ramselaar sebagai perpindahan kedua kelab untuk Singapore Premier League (SPL) musim 2024/25.

Advertisements

“Penambahan menarik ini muncul tatkala kelab berazam melancarkan pemburuan serius untuk gelaran juara kedua SPL dan tampil cemerlang di pertandingan tahap kedua kelab Asia, Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2 (ACL2),” kata kelab dalam satu kenyataan.

Selepas sah menyertai The Sailors, Ramselaar mengakui merasa teruja menyertai kelab itu. Beliau berharap dapat membantu Lion City Sailors untuk tampil cemerlang musim ini.

Advertisements

“Saya telah bermain sepanjang karier saya di Belanda, jadi salah satu sasaran saya untuk membuktikan diri saya dalam liga asing suatu hari nanti. Saya sangat tertarik dengan cabaran baru di Singapura bersama The Sailors.

“Kelab sedang membina projek hebat di sini dengan hala tuju yang jelas dari akademi sehingga pasukan utama. Ini adalah sesuatu yang saya sangat mahu menjadi sebahagian daripadanya,” tegasnya.

Advertisements

“Saya di sini untuk membantu pasukan dengan pengalaman saya dan berharap dapat bermain bola sepak yang bagus yang boleh menarik lebih ramai peminat ke stadium. Matlamatnya jelas – saya mahu menjadi juara SPL di sini dan membantu pasukan layak ke peringkat kalah mati ACL2,” katanya.

Meskipun yuran perpindahannya tidak didedahkan, akhbar The Straits Times percaya Ramselaar merupakan pemain kedua termahal dalam sejarah SPL.

Advertisements

Rekod pemain paling mahal SPL sebelum ini dipegang oleh pemain tengah Brazil, Diego Lopes dengan yuran perpindahan €1.8 juta (RM9.3 juta).

Ramselaar dijangka tidak berdepan masalah beradaptasi di Singapura. Ini kerana jurulatih The Sailors, Alexander Rankovic mengenalinya semasa bersama Utrecht sebagai penolong jurulatih pada musim 2022-2023.

Selain itu, kehadiran rakan senegara, Richairo Zivkovic dan bekas rakan sepasukan lamanya di PSV Eindhoven, Maxime Lestienne juga akan membantunya beradaptasi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram