Advertising
“Bisik Bila Nak Bagi Saya Main” – Aidil Zafuan
MakanBola
Johor Southern Tigers

Jurulatih pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak memberikan respon spontan tentang hasrat kecilnya untuk kembali beraksi.

Beliau merupakan lagenda bersama skuad Harimau Selatan selain menjadi tunjang utama pertahanan negara semasa era kegemilangannya.

Ad

Aidil kini berkhidmat selaku pembantu jurulatih kepada Hector Bidoglio di JDT dan membantu pasukan untuk mengekalkan tiga trofi domestik setakat ini.

Ad

Beliau bagaimanapun memberi bayangan bahawa amat merindui aksi di atas padang sungguhpun kini telah berkhidmat bersama barisan kejurulatihan.

“Selalu bisik apa dari belakang?” soal peminat di laman TikTok beliau.

Ad

Aidil dengan berseloroh menjawab bahawa beliau masih menyimpan keinginan untuk beraksi di atas padang.

Ad

“Bisik bila nak bagi saya masuk main,” ujarnya membalas pertanyaan tersebut.

Ad

Sebagai rekod, Aidil yang juga bekas kapten pasukan kebangsaan telah menjulang 26 buah trofi termasuk Liga Super dan Piala Malaysia 2023 sepanjang 11 tahun bersama Harimau Selatan.

Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama JDT selain menjaringkan 8 gol dan tiga bantuan jaringan sepanjang bersama kelab.

Antara koleksi yang berjaya dijulang oleh bekas kapten negara ini termasuklah Liga Super (2014-2023), Piala AFC 2015, Piala Malaysia (2017, 2019, 2022, 2023), Piala FA (2016, 2022, 2023), Piala Sumbangsih (2015,2016, 2018-2023).

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments