Aidil Zafuan Mula Tugas Baru Di JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Bekas kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak kini mula menjalani tugas baharu bersama pasukan bagi musim 2024/25.

Beliau dalam satu kenyataan oleh Johor Southern Tigers, Aidil sah sudah menggantung but setelah mengharungi satu dekad yang cukup gemilang bersama Harimau Selatan.

Beliau telah melakukan 174 penampilan bersama JDT selain menjaringkan 8 gol dan tiga bantuan jaringan sepanjang bersama kelab.

Advertisements

Antara koleksi yang berjaya dijulang oleh bekas kapten negara ini termasuklah Liga Super (2014-2023), Piala AFC 2015, Piala Malaysia (2017, 2019, 2022, 2023), Piala FA (2016, 2022, 2023), Piala Sumbangsih (2015,2016, 2018-2023).

Beberapa keping foto yang dikongsikan oleh JDT menunjukkan Aidil sudah pun menjalani tugasan baru bersama staf kejurulatihan di JDT bersama ketua jurulatih, Hector Bidoglio.

“Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, akan kembali sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan.”

Advertisements

“Beliau akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas, dan penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan.”

Kelab Selatan tanah air itu juga mengumumkan bahawa lagenda kelab, Aidil Zafuan turut menyertai barisan kejurulatihan Harimau Selatan bagi musim hadapan.

“Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.”

Advertisements

Langkah ini juga diambil sebagai penjimatan yang mahu dilakukan oleh pasukan sekitar 40 peratus bagi musim ini yang bakal bermula tidak lama lagi.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram