Aidil Zafuan Galas Peranan Staf Kejurulatihan JDT Musim Hadapan
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Lagenda bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Razak akan menyertai barisan kejurulatihan kelab bagi musim hadapan.

Perkara ini dikongsikan oleh Johor Southern Tigers yang turut mengumumkan bahawa bekas ketua jurulatih, Hector Bidoglio akan kembali mengemudi pasukan bagi musim 2024/25.

“Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, akan kembali sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan.”

Advertisements

“Beliau akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas, dan penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan.”

Kelab Selatan tanah air itu juga mengumumkan bahawa lagenda kelab, Aidil Zafuan akan menyertai barisan kejurulatihan Harimau Selatan bagi musim hadapan.

“Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.”

Advertisements

Aidil merupakan pemain yang beraksi sedekad di bawah pimpinan DYAM TMJ dan menjadi satu-satunya pemain yang menjulang kejuaraan Liga Super selama 10 musim berturut-turut.

Pengalaman dan kematangan yang dimiliki oleh bekas kapten JDT dan kebangsaan ini bakal membantu JDT untuk mengecapi lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.

Langkah ini juga diambil sebagai salah satu inisiatif untuk mengurangkan perbelanjaan hampir 40 peratus setelah kelab mengeluarkan banyak wang untuk membangunkan bola sepak JDT.

Advertisements

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram