Hector Bidoglio Kembali Kemudi JDT
Liga Super
Johor Southern Tigers
Advertisements

Pengendali dari Argentina, Hector Bidoglio secara rasmi diumumkan sebagai pengendali kelab gergasi Liga Super Malaysia, Johor Darul Ta’zim (JDT).

Menurut kenyataan rasmi yang dimuat naik laman Johor Southern Tigers hari ini, Hector akan kembali mengemudi pasukan itu selepas pengendali terdahulu, Esteban Solari meninggalkan kelab.

“Hector Bidoglio, yang sebelum ni menjadi pengarah teknikal kelab dan penasihat pasukan utama, akan kembali sebagai Ketua Jurulatih Harimau Selatan.”

Advertisements

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Johor Darul Ta’zim, Alistair Edwards juga memaklumkan bahawa bekas kapten pasukan JDT, Aidil Zafuan akan menyertai kem kejurulatihan JDT. Selain Aidil, beberapa staf kejurulatihan yang baru turut akan sertai JDT.

“Beliau akan dibantu oleh Pablo Ricchetti, yang juga penolong jurulatih musim lepas, dan penolong jurulatih baharu dari Argentina selain beberapa jurulatih termasuk kakitangan kecergasan & perubatan yang akan menyertai kelab pada musim hadapan. Aidil Zafuan Abd Radzak juga akan menyertai barisan kejurulatihan Hector.”

Advertisements

“Hector pernah berkhidmat seketika sebagai ketua jurulatih JDT dari Julai-November 2022 sebelum menjadi Pengarah Teknikal JDT. Beliau telah membimbing Harimau Selatan menjadi juara dalam Liga Super Malaysia, Piala Malaysia dan Piala FA pada tahun lepas.”

“Hector memulakan karier kejurulatihan dengan kelab Argentina, Newell’s Old Boys. Beliau sebelum ini pernah menjadi jurulatih dalam divisyen teratas di Argentina, Peru dan Ecuador. Beliau juga pernah bersama beberapa kelab Sepanyol seperti Real Madrid, Barcelona, Sevilla dan Real Betis, dan telah berguru dengan pengurus terkenal Marcelo Bielsa ketika bersama-sama pasukan kebangsaan Chile pada 2009.”

Advertisements

Hector Bidoglio bakal dibantu Pablo Ricchetti dan beberapa barisan kejurulatihan yang baharu dari Argentina. Selain menumpukan sepenuh fokus kepada Liga Malaysia 2024/2025, skuad Harimau Selatan juga bakal menghadapi cabaran di saingan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACL Elite) musim depan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram