‘Bodyguard’ Leo Messi 24/7 Kawal Keselamatan Messi
Dunia
@CrewsMat10
Advertisements

Setiap kali Lionel Messi mendapat bola, sukar bagi pertahanan menghampiri beliau. Hanya seorang saja yang mampu menghampirinya iaitu pengawal peribadinya, Yassin Chueko.

Kelibat Chueko mula mencuri perhatian penyokong apabila beliau sentiasa mengekori Messi dari tepi padang termasuk semasa meraikan gol.

Terbaru, kelibatnya dilihat apabila Messi meraikan jaringan penyamaan Leonardo Campana dalam aksi separuh akhir U.S. Open Cup menentang Cincinnati semalam.

Advertisements

La Nacion melaporkan Chueko dibawa masuk oleh pemilik bersama Inter Miami, David Beckham bagi melindungi Messi termasuk daripada penyokong yang menceroboh padang.

Dan melihat kepada impak positif yang dibawa Messi kepada The Herons, ia dilihat satu pilihan yang bijak. Bagi rakan pemilik Inter Miami, Jorge Mas, ini bukan sesuatu yang boleh dipandang remeh.

“Keselamatan sudah pasti akan dipertingkatkan. Pemain akan dibawa dengan bas, masuk melalui terowong. Semua protokol keselamatan sudah dipersiapkan untuk perlawanan home dan away. Dan ini bukan saja untuk perlawanan kami saja.

Advertisements

“Perkara ini akan berlaku setiap hari dan sesuatu yang kita saksikan dan saya fikir ia dikendalikan dengan begitu bagus bila (Messi) berada di sini bersama Argentina sebelum Piala Dunia.

“Jika anda masih ingat, Argentina berlatih di Miami sebelum mereka terbang ke Doha. Kita berpeluang melihat sesetengah kegilaan peminat terhadap Messi di stadium kami setiap hari semasa berlatih. Jadi, kami sudah bersedia. Kami sudah bersedia untuk ini,” katanya kepada Miami Herald.

Chueko bukan saja merupakan bekas anggota pasukan khas Navy SEAL. Malah, beliau juga seorang peninju dan pernah menyertai beberapa perlawanan MMA.

Advertisements

Yang pasti, ini merupakan komitmen Inter Miami bukan saja dalam melindungi Messi sebagai ayam tambatan mereka. Ini bersesuaian dengan statusnya sebagai legenda bola sepak terhebat sepanjang zaman.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram