Bojan Hodak Mahu Ulang Taktikal Julang Piala Malaysia Bertemu JDT
Piala FA
KL City FC
Advertisements

Dengan KL City FC dan Johor Darul Ta’zim (JDT) FC layak ke final Piala FA, ramai ingin tahu kejutan taktikal yang bakal ditonjolkan pengendali City Boys, Bojan Hodak. Bagi pengendali Croatia itu, beliau hanya perlu mengulangi rancangan taktikal yang membantu mereka menjulang Piala Malaysia pada 2021.

Hodak mengakui sekiranya mereka bermain secara terbuka seperti yang dilakukan beberapa pasukan seperti Selangor FC, sudah pasti mereka akan dibelasah JDT FC. Ini kerana Harimau Selatan dibarisi ramai pemain terbaik di Malaysia termasuk pemain sayap muda, Arif Aiman Hanapi.

“Jika anda bermain menentang pasukan yang dibarisi ramai pemain terbaik negara ini, maka bukan satu idea yang bagus untuk bermain secara terbuka. Sebab anda tahu anda akan melepaskan empat gol.

Advertisements

“Dan sebenarnya, Selangor (FC) bernasib baik kerana mengikut jurulatih mereka, mereka boleh saja dibolosi tujuh, lapan gol atau lebih.

“Jadi, sudah tentu kita perlu cari cara untuk halang penyerang mereka terlebih dahulu sebelum mencari ruang untuk melancarkan serangan balas. Di Malaysia, hanya pasukan kebangsaan Malaysia saja yang boleh bermain secara terbuka menentang JDT (FC),” katanya kepada Suzana Basir dan Lily Hamzah untuk program Nadi Arena.

Dengan taktik permainan terbuka tidak boleh digunakan, KL City FC perlu menggunakan taktik bertahan. Tetapi bagi Bojan, mereka juga perlu bijak mencipta peluang serangan balas bagi membolosi gawang JDT FC seperti yang dilakukan pada final Piala Malaysia pada 2021.

Advertisements

Dalam perlawanan tersebut, City Boys bukan saja berjaya menyerap asakan serangan JDT FC. Malah, mereka berjaya meraih gelaran Piala Malaysia menerusi gol Zhafri Yahya dan kapten Paulo Josue.

“Tidak, tiada permainan terbuka untuk JDT (FC). Bertahan boleh tetapi anda perlu fikir macam mana nak menang. Anda perlu jadi berani kerana seperti final 2021, pastikan anda perlu jadi lebih berani.

“Ya, kita bertahan. Kita halang mereka dan kita tiada Pelan B. Pada akhirnya, kita lancar serangan balas dan jaringkan dua gol. Jadi, saya fikir ini cara (terbaik),” tambahnya.

Advertisements

JDT FC dan KL City FC bakal bertemu di pentas final pada 22 Julai ini di Stadium Sultan Ibrahim. Pemenang piala bakal mendapat slot kelayakan ke peringkat Asia musim hadapan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram