Ads
Liga Super
SF / MakanBola

Kemenangan bergaya Kuala Lumpur City ke atas Melaka United dalam saingan Liga Super 2022 tidak menyebabkan Ketua Jurulatih KL City, Bojan Hodak mendabik dada.

Advertisements

Beliau sebaliknya dengan merendah diri menjelaskan kemenangan ini lebih kepada taktikal perlawanan dan Melaka United tidak dapat menurunkan beberapa pemain utama.

Advertisements

Melaka United yang dikemudi Risto Vidaković bermain tanpa kelibat pemain import seperti Emmanuel Oti, Adriano dan Ifedayo Olusegun.

Advertisements

Advertisements

“Secara taktikalnya kami sedikit lebih baik hari ini”

“..saya fikir mereka (Melaka United) bermain dengan baik hari ini namun masalah utama mereka hilang 3-4 pemain (pemain utama), mungkin bahagian serangan mereka dalam tahap bukan terbaik tetapi cara mereka bermain, menekan kami, cara mereka memegang bola agak bagus.”

Advertisements

“..akhirnya kami sedikit bagus di final third,” jelas Bojan Hodak semasa sesi sidang media selepas perlawanan di Stadium KL, Cheras.

Advertisements

Sementara itu, Ketua Jurulatih Melaka United, Risto Vidaković menjelaskan Ifedayo masih cedera dan sudah lama tidak bermain disebabkan jangkitan virus Covid-19.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram