Bojan Hodak Sedia Turunkan Pemain Simpanan Hadapi JDT
Liga Super
Twitter @klcityfootball
Advertisements

Magis yang dibawa jurulatih dari Croatia, Bojan Hodak semakin menjadi-jadi dengan membawa Kuala Lumpur City FC (KL City) mengekalkan rekod cemerlang 11 perlawanan tanpa tewas dalam saingan Liga Super musim ini.

Bekas jurulatih Johor Darul Ta’zim ini juga boleh berbangga dengan rekod pasukannya yang belum pernah tewas lagi di gelanggang sendiri sepanjang liga berlangsung.

Bojan yang sinonim dengan ketegasan ketika melatih pasukannya berkata ini hanyalah satu permulaan dan sudah bersedia untuk menghadapi Piala Malaysia.

Advertisements

“Apa yang terjadi membuktikan kelab semakin berada di dalam tahap terbaik dan saya mahu ini hanya merupakan langkah permulaan kepada masa depan KL City.

“Kami juga belum pernah tewas dalam 11 perlawanan terakhir di liga, satu petanda yang begitu baik bagi kami hadapi Piala Malaysia yang selalunya terbuka kepada mana-mana pasukan untuk memenanginya.,” katanya.

Untuk rekod, KL City kini berada di tangga ke-6 Liga Super selepas berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah dalam 11 perlawanan terakhir dengan 5 kemenangan dan 6 keputusan seri.

Advertisements

Untuk perlawanan terakhir mereka menentang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim Ahad ini, Bojan memberitahu akan menurunkan pemain-pemain simpanan untuk melihat kemampuan mereka beraksi di dalam saingan Liga Super.

“Kami tidak ada sebarang tekanan bagi hadapi JDT pada perlawanan terakhir liga nanti dan saya sedia menggunakan beberapa pemain yang jarang diturunkan bagi melihat sejauh mana kemampuan mereka.

“Ini peluang kepada pemain-pemain simpanan membuktikan kemampuan mereka kepada saya selepas jarang diturunkan pada musim ini.

Advertisements

“Saya mahu pemain utama mendapat sedikit rehat kerana mahu berikan tumpuan kepada saingan Piala Malaysia memandangkan aksi terakhir ini tidak berikan kesan kepada kedudukan liga sama ada kami menang atau kalah,” katanya kepada Malaysian Football League (MFL)

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram