Advertisement

Follow us:

Bolos 17 Kali, Pemain Kedah Akui Bergelut Biasakan Diri Tanpa Baddrol & Rizal

baddrol bakhtiar rizal razali hazrol zainal Bolos 17 Kali, Pemain Kedah Akui Bergelut Biasakan Diri Tanpa Baddrol & Rizal
Hazrol Zainal
Syafiq Freman
@syafiqfreman
11:35am 04/06/2022
Pivo

Pertahanan kiri Kedah Darul Aman, Ariff Farhan Md Isa akui pasukannya kini bergelut memperbaiki prestasi bahagian pertahanan yang kini bolos 17 kali selepas 9 perlawanan.

Beliau turut tanpa berselindung merasai sedih dengan pemergian dua tonggak utama pasukan, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Razali yang membuat keputusan berpindah ke Sabah musim ini.

Ariff turut positif disebalik pemergian pertahanan import dari Korea Selatan, Jang Suk-won yang dilepaskan Kedah baru-baru ini dan yakin pasukan mampu bangkit selepas liga bersambung kelak.

“Tidak boleh menyalahkan Jang (jang Suk-won) sepenuhnya terhadap masalah pertahanan Kedah kerana semua orang ada peranan masing-masing.

“Macam saya pun ada buat kesilapan dan empat orang yang berada di bahagian pertahanan harus bertindak sebagai satu unit.

“Harap kemasukan tonggak import baharu yang gantikan Jang akan berikan kelainan kepada barisan pertahanan agar lebih stabil untuk harungi baki perlawanan selepas ini.

“Tempoh rehat yang panjang diharapkan mampu mencorakkan sesuatu yang positif dan kami tidak mahu lagi ulangi kesilapan serta kelemahan yang sama,” katanya kepada MFL.

Ketiadaan dua tonggak utama, Baddrol Bakhtiar dan Rizal Razali turut memberi kesan kepada pemain Kedah.

“Kami sebenarnya masih dalam proses menerima ketiadaan Baddrol dan Rizal, dua pemain senior yang cukup berpengaruh kepada pasukan.

“Memang masih terasa ketiadaan mereka yang sentiasa menjadi ketua kami serta dihormati di atas padang.

“Kami hormat keputusan yang dibuat oleh Baddrol serta Rizal walaupun akui sedikit sedih melihat mereka pergi ke Sabah.

“Saya dan pemain akan cuba meneruskan perjuangan pada musim ini walaupun ada perbezaan selepas ketiadaan Baddrol dan Rizal,” tambahnya.

Kedah Darul Aman dijadualkan bertemu pasukan dari Indonesia, Bali United dalam kempen Piala AFC Kumpulan G dan beberapa pemain baru bakal dibawa masuk bagi memperkuat pasukan Kedah Darul Aman.