Advertisement
Boys Of Straits Beri Amaran Buat Fitri Omar Menjelang Pertemuan BRM FC Dan JDT
Dunia
MakanBola
BRM FC

Perlawanan pusingan kedua Piala FA di antara Johor Darul Ta’zim dan BRM FC malam esok pasti ditunggu-tunggu peminat bola sepak tanah air yang mahu melihat corak permainan dipamerkan kedua-dua pasukan.

Namun disebalik perlawanan tumpuan malam esok, kumpulan penyokong JDT yang dikenali dengan nama Boys Of Straits (BOS) ada memberikan amaran buat pemain BRM FC iaitu Fitri Omar.

Fitri Omar yang kini berusia 36 tahun dan pernah beraksi bersama beberapa kelab termasuk MP Muar FC dan Kedah telah diberikan amaran supaya bermain dengan baik dan tiada insiden ‘pijak memijak’ yang berlaku malam esok.

Insiden ‘pijak memijak’ yang dimaksudkan oleh BOS adalah ketika perlawanan Liga Super 2014 yang menemukan Kelantan dan JDT. Dalam perlawanan tersebut, Fitri Omar yang menyarung jersi Kelantan ketika itu dilihat memijak peha dan muka penjaga gol JDT, Izham Tarmizi dalam usaha Kelantan menyamakan kedudukan.

Dalam perlawanan tersebut, Kelantan selaku tuan rumah tunduk kepada JDT dengan keputusan 1-2 dan insiden yang dilakukan oleh Fitri Omar itu masih mekar dalam ingatan BOS walaupun sudah hampir 8 tahun insiden itu berlaku.

Itu semua cerita lama dan sudah 8 tahun berlalu. Diharapkan perlawanan malam esok berlangsung dengan baik tanpa insiden yang tidak sepatutnya dan kita semua dapat disajikan dengan permainan bola sepak terbaik oleh kedua-dua pasukan.

Video insiden yang melibartkan Fitri Omar dan Izhan Tarmizi boleh klik link DI SINI.